Sunday, August 16, 2009

coklat


Coklat tidak seburuk yang disangka.

Ramai yang bimbang dan mengatakan coklat banyak membawa masalah.Ibu bapa sebenarnya tidak perlu cemas apabila mengetahui bahawa coklat mengandungi kalori yang tinggi iaitu lebih kurang 150 kaloridalam 30gram.Tetapi tahukah anda apabila kebanyakan lemak tepu menyebabkan peningkatan kolesterol yang tinggi di dalam darah , lemak koko tidak memberi ke atas paraskolesterol kerana asid stearik yang tinggi di dalamnya.


Satu kajian yang dilakukan di USA pula menunjukkan bahawa manisan yang dimakan oleh kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun hanya menyumbang 3% sahaja daripada pemakanan biasa. Kaitan antara koko dan kerosakan gigi juga tidak benar.Sebenarnya lemak dalam lemak koko membantu mengeluarkan manisan daripada melekat di mulut.Satu teori yang menakjubkan ialah coklat sebenarnya membantu menghalang kerosakan gigi melalui tanin.
sumber: Majalah Rasa