Friday, October 23, 2009

petua

Sayur lebih segar dan enak
Sayur yang direbus dalam tempoh waktu yang agak lama akan tampak layu dan kehilangan segala khasiat. Untuk menjadikan sayur lebih segar, masukkan satu sudu teh gula dan satu sudu teh minyak masak ke dalam air rebusan. Masukkan sayur dan rebus sehingga setengah masak. Sayur akan kelihatan kehijauan dan segar.

Kapur sirih hilangkan hanyir ikan
Bau hanyir ikan kadangkala menyukarkan proses menyiang ikan. Cuba atasinya dengan melarutkan sedikit kapur sirih. Rendamkan selama 10 minit hingga 15 minit sebelum dibilas bersih. Insyaallah, bau hanyir akan hilang.

Tuesday, October 13, 2009

Penutup Bumi

Penutup bumi atau nama saintifiknya Elephantopus scaber berdaun sepanjang 10-15 sentimeter, berwarna hijau tua dan barbulu di kedua-dua belah. Daun-daunnya tumbuh rapat ke tanah dan menutup bumi, lantaran itu diberi nama penutup bumi. Bunganya pula kecil berwarna ungu.
Tumbuhan ini membiak melalui biji dan biasanya tumbuh di celah-celah rumput di kawasan terbuka seperti di padang ataupun halaman rumah.
Tumbuhan ini bernilai tinggi dalam perubatan tradisional, malah merupakan penawar bagi memelihara kesihatan wanita. Keberkesanannya pada wanita begitu mujarab hingga ada yang mengambil inisiatif menjemur tumbuhan ini hingga kering kemudian memakannya bersama-sama sirih sebagai satu amalan untuk menjaga kesihatan.
Salah satu kegunaan penutup bumi ialah untuk mengatasi masalah gangguan haid yang tidak teratur serta mengecutkan rahim. Cara penggunaannya ialah dengan merebus batang dan daun penutup bumi dengan air secukupnya hingga mendidih. Air rebusan itu pahit kelat-kelat rasanya dan digunakan sebagai ubat periuk untuk diminum dua kali sehari.
Selain itu ia juga berkhasiat untuk mengubati selsema dan sakit tekak. Caranya dengan merebus daun dan akar, airnya diminum dua kali sehari. Bagi meredakan batuk masalah batuk, daunnya
disalai di atas api lalu ditampal atau digosok ke leher.

sumber: majalah saji

Monday, October 12, 2009

Timun


Makan Timun Untuk Kekal Muda

Timun mengandungi protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A, B1 dan C. Manakala bijinya kaya dengan vitamin E yang melewatkan proses penuaan dan menghilangkan kedutan. Timun mentah amat baik untuk menurunkan rasa panas dalam badan dan meningkatkan stamina. Zat-zat lain yang terkandung dalam timun juga menekan gula agat tidak berubah menjadi lemak. Proses ini amat baik kerana ia berfungsi untuk mengurangkan berat badan. Kandungan serat dalam timun amat baik terutamanya ketika proses pencernaan, menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun.

Sumber: Majalah Rapi

Tempe


Khasiat Tempe

Kini tempe tidak lagi dinikmati dikalangan masyarakat kita sahaja bahkan ia semakin popular di seluruh dunia.Seperti juga tauhu, tempe dihasilkan daripada kacang soya dan membekalkan banyak khasiat untuk tubuh badan. Antara khasiatnya termasuklah: -mudah dicerna dan mampu mengatasi masalah cirit-birit kerana kandungan proteinnya tinggi -mengandungi zat besi bersifat antioksida yang mampu menurunkan tekanan darah -lemak tepunya berperanan menurunkan kadar kolestrol dalam darah -kadar kalsiumnya yang tinggi berupaya membantu mencegah ostroporosis