Tuesday, December 27, 2011

Tip Kurus

TIP KURUS

Berikut beberapa langkah yang boleh memberi kesan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.


AIR PUTIH YANG MENCUKUPI.

Sentiasa amalkan minum air putih sebanyak 2 liter sehari.
Ia dapat membantu menurunkan berat badan, mengeluarkan toksin dan menamban tenaga.


NAIK TANGGA.

Gunakan tangga selama 10 minit ketika menuju ke pejabat, atau berjalan-jalan ke tempat
rakan anda atau keliling pejabat.Lakukan sekali dalam sehari, pasti anda kagum akan hasilnya.

JAUHI ALAT KAWALAN JAUH.

Simpan alat kawalan jauh televisyen atau radio, sebaliknya berjalan terus menuju ke televisyen
atau radio untuk menukar siaran. Dikatakan cara ini dapat mengurangkan berat badan sehingga
2 paun dalam setahun.

MENGAMBIL LEMAK

Kebiasaan anda apabila berdiet, anda langsung tidak mengambil lemak. Sebenarnya lemak
penting untuk proses metabolisme badan.Ambillah lemak baik yang terdapat dalam ikan, telur,
minyak zaitun dan kacang. Ianya dapat membantu menurunkan berat badan dan ia baik untuk
rambut dan kuku.

SARAPAN.

Anda yang memulakan hari dengan bersarapan lebih cenderung kurus berbanding mereka yang tidak bersarapan. Ini kerana sarapan dapat memberikan tenaga maksima dan mengelakkan
rasa lapar yang berterusan.


sumber: majalah rapi

Sunday, December 11, 2011

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Salam
sedikit info dari
Pesatuan Ibu2 mengandung Comel

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.


Saturday, November 14, 2009

Tip

cara mudah kekalkan berat badan.

Mengekalkan berat badan merupakan suatu perkara yang sukar serta memerlukan usaha yang kuat. Salah satu cara supaya berat badan tidak lagi melonjak setelah berdiet ialah dengan cara menitikberatkan cara pengolahan makanan:

* Elakkan mengolah makanan dengan cara menggoreng. Usahakan dengan cara merebus,
menumis dan memanggang.
* Jangan 'curi-curi' makan ketika sedang memasak.
* Bersihkan lemak daging serta buang kulitnya.
* Gunakan dua putih telur sebagai ganti satu butir telur.
* Sediakan hidangan sederhana sahaja, sebagai contoh, sepotong ayam bersama sayuran
tanpa sos sambal supaya nafsu makan anda tidak 'bergelora'.
* Sekiranya anda ingin menggunakan minyak, pilihlah minyak zaitun atau minyak bijan.
* Bersenamlah paling minimun tiga kali seminggu.

Wednesday, November 11, 2009

Khasiat Buah Delima

Buah delima banyak khasiatnya.Buahnya yang manis dapat membantu memulihkan usus-usus dan menguatkannya. Sifatnya yang sejuk tidak sesuai di makan oleh orang yang demam. Ia juga dapat mencegah daripada batuk. Rasanya yang masam pula membantu melawaskan air kencing, mencuci perut, menurunkan kepanasan hati dan anggota badan.
Para penyelidik mendapati kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah delima ini sangat tinggi berbanding di dalam teh hijau, beri beri, cranberi dan oren. Selain itu ia merupakan sumber terbaik bagi vitamin B,vitamin C, kalsium dan fosforus. Kombinasi mineral ini menjadikan buah delima sebagai buah yang membantu mengelakkan risiko banyak penyakit.
Sumber: Majalah Rapi

Friday, October 23, 2009

petua

Sayur lebih segar dan enak
Sayur yang direbus dalam tempoh waktu yang agak lama akan tampak layu dan kehilangan segala khasiat. Untuk menjadikan sayur lebih segar, masukkan satu sudu teh gula dan satu sudu teh minyak masak ke dalam air rebusan. Masukkan sayur dan rebus sehingga setengah masak. Sayur akan kelihatan kehijauan dan segar.

Kapur sirih hilangkan hanyir ikan
Bau hanyir ikan kadangkala menyukarkan proses menyiang ikan. Cuba atasinya dengan melarutkan sedikit kapur sirih. Rendamkan selama 10 minit hingga 15 minit sebelum dibilas bersih. Insyaallah, bau hanyir akan hilang.

Tuesday, October 13, 2009

Penutup Bumi

Penutup bumi atau nama saintifiknya Elephantopus scaber berdaun sepanjang 10-15 sentimeter, berwarna hijau tua dan barbulu di kedua-dua belah. Daun-daunnya tumbuh rapat ke tanah dan menutup bumi, lantaran itu diberi nama penutup bumi. Bunganya pula kecil berwarna ungu.
Tumbuhan ini membiak melalui biji dan biasanya tumbuh di celah-celah rumput di kawasan terbuka seperti di padang ataupun halaman rumah.
Tumbuhan ini bernilai tinggi dalam perubatan tradisional, malah merupakan penawar bagi memelihara kesihatan wanita. Keberkesanannya pada wanita begitu mujarab hingga ada yang mengambil inisiatif menjemur tumbuhan ini hingga kering kemudian memakannya bersama-sama sirih sebagai satu amalan untuk menjaga kesihatan.
Salah satu kegunaan penutup bumi ialah untuk mengatasi masalah gangguan haid yang tidak teratur serta mengecutkan rahim. Cara penggunaannya ialah dengan merebus batang dan daun penutup bumi dengan air secukupnya hingga mendidih. Air rebusan itu pahit kelat-kelat rasanya dan digunakan sebagai ubat periuk untuk diminum dua kali sehari.
Selain itu ia juga berkhasiat untuk mengubati selsema dan sakit tekak. Caranya dengan merebus daun dan akar, airnya diminum dua kali sehari. Bagi meredakan batuk masalah batuk, daunnya
disalai di atas api lalu ditampal atau digosok ke leher.

sumber: majalah saji

Monday, October 12, 2009

Timun


Makan Timun Untuk Kekal Muda

Timun mengandungi protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A, B1 dan C. Manakala bijinya kaya dengan vitamin E yang melewatkan proses penuaan dan menghilangkan kedutan. Timun mentah amat baik untuk menurunkan rasa panas dalam badan dan meningkatkan stamina. Zat-zat lain yang terkandung dalam timun juga menekan gula agat tidak berubah menjadi lemak. Proses ini amat baik kerana ia berfungsi untuk mengurangkan berat badan. Kandungan serat dalam timun amat baik terutamanya ketika proses pencernaan, menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun.

Sumber: Majalah Rapi