Tuesday, December 27, 2011

Tip Kurus

TIP KURUS

Berikut beberapa langkah yang boleh memberi kesan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.


AIR PUTIH YANG MENCUKUPI.

Sentiasa amalkan minum air putih sebanyak 2 liter sehari.
Ia dapat membantu menurunkan berat badan, mengeluarkan toksin dan menamban tenaga.


NAIK TANGGA.

Gunakan tangga selama 10 minit ketika menuju ke pejabat, atau berjalan-jalan ke tempat
rakan anda atau keliling pejabat.Lakukan sekali dalam sehari, pasti anda kagum akan hasilnya.

JAUHI ALAT KAWALAN JAUH.

Simpan alat kawalan jauh televisyen atau radio, sebaliknya berjalan terus menuju ke televisyen
atau radio untuk menukar siaran. Dikatakan cara ini dapat mengurangkan berat badan sehingga
2 paun dalam setahun.

MENGAMBIL LEMAK

Kebiasaan anda apabila berdiet, anda langsung tidak mengambil lemak. Sebenarnya lemak
penting untuk proses metabolisme badan.Ambillah lemak baik yang terdapat dalam ikan, telur,
minyak zaitun dan kacang. Ianya dapat membantu menurunkan berat badan dan ia baik untuk
rambut dan kuku.

SARAPAN.

Anda yang memulakan hari dengan bersarapan lebih cenderung kurus berbanding mereka yang tidak bersarapan. Ini kerana sarapan dapat memberikan tenaga maksima dan mengelakkan
rasa lapar yang berterusan.


sumber: majalah rapi

Sunday, December 11, 2011

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Salam
sedikit info dari
Pesatuan Ibu2 mengandung Comel

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.