Wednesday, March 25, 2009

COKLAT

Tidak dinafikan ramai yang suka makan coklat. Ada yang mengatakan amalan memakan coklat tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menyumbangkan kepada penyakit kencing manis dan diabetes. Sebaliknya sedar atau tidak, coklat sebenarnya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Apa yang diperlukan adalah mengawal kuantiti yang diambil .




Secara purata coklat mempunyai 15% lemak, 6% protien, 17% karbohidrat, 15% tenaga serta vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia bukan sahaja makanan berkhasiat tetapi juga menyumbangkan kepada pemakanan yang seimbang.

Benarkah dengan memakan coklat dapat menyihatkan gigi? Jawapannya adalah benar kerana kebanyakan bahan yang terkandung di dalamnya terbukti berkesan untuk melindungi kesihatan gigi. Antara bahan-bahan tersebut adalah
  • kasien yang terdapat dalam coklat susu bertindak untuk mengurangkan kerosakan gigi. Bahan ini menghalang pertumbuhan plak dan mengurangkan pengeluaran asid yang menghakis gigi.
  • kasin juga membantu untuk pertumbuhan gigi yang sihat.

  • asid oksalik akan merencatkan pengeluaran enzim bakteria.

  • lemak koko mempunyai ciri-ciri kecairan yang memudahkan ia cair di mulut.Ini akan menghalang pertumbuhan plak gigi.


Coklat adalah sejenis makanan yang mengandungi tiga bahan utama berasaskan koko iaitu lemak koko, gula dan susu. Ini menjadikan coklat enak dimakan dan kaya dengan zat makanan yang diperlukan. Ia juga mengandungi sumber tenaga yang tinggi bergantung kepada kandungan protien, lemak dan karbohidrat didalamnya.

Terdapat tiga jenis coklat di pasaran iaitu coklat putih, coklat kosong atau coklat pahit dan coklat susu.

COKLAT PUTIH.

Coklat ini mempunyai tenaga yang tinggi. 100 gram coklat ini menyumbangkan lebih kurang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk bergerak aktif seharian. Ia juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi. Jikan dibandingkan dengan coklat susu, kandungan protien dalam coklat jenis ini adalah kurang kerana tidak mengandungilikur dan serbuk koko.


COKLAT KOSONG.

Coklat jenis ini mengandungi kandungan lemak dan zat yang tinggi. Zat besi yang terdapat dalam 100 gram coklat ini menyumbang lebih kurang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Selain itu kandungan zat-zat lain agak rendah berbanding coklat lain kerana tidak mempunyai campuran susu.

COKLAT SUSU.

Berbanding dengan coklat lain, coklat susu mempunyai nilai pemakanan yang baik. Ia mempunyai kandungan tenaga, kalsium, protien, vitamin A dan B yang tinggi. Kandungan protein dalam sekeping coklat susu boleh disamakan dengan memakan sebiji pisang , sebiji oren, sebiji epal, sebatang lobak dan juga segenggam kismis.

No comments:

Post a Comment