Tuesday, March 31, 2009

MANGGIS

Buah manggis atau nama saintifiknya 'Garcinia Mangostana' adalah buah tropika malar hijau .Ia dipercayai berasal dari K epulauan Sunda dan Maluku. Di kenali juga sebagai ratu segala buah kerana khasiat kulitnya.
Kulit buah manggis adalah keras, manakala isinya tebal berwarna putih. Rasanya sedikit masam manis seperti buah limau atau strawberri. K ulitnya boleh menghasilkan warna merah yang amat sukar untuk ditanggalkan dan sesuai untuk hasilkan bahan pewarna tekstil. Sesetengah tempat seperti negara Thailand, kulit manggis dijadikan bahan kosmetik seperti sabun, syampu dan perawatan kulit. Tujuannya adalah untuk mencegah penyakit kulit dan menghaluskan kulit. Manakala dari segi perubatan tradisional pula, kulit manggis digunakan untuk merawat penyakit kulit, batuk kering, cirit-birit dan penyakit malaria. Bahan yang terkandung dalam kulit manggis, iaitu 'xanton' amat menarik. Kajian menunjukkan ia mempunyai efek positif terhadap seluruh sistem tubuh badan iaitu meningkatkan tenaga dan melindungi daripada kesan radikal bebas.
Selain itu buah manggis juga merupakan sejenis buah yang penuh dengan khasiat antioksidan. Antioksidan biasanya terdiri daripada 'xanton', 'catechins', 'tannin' dan 'polyphenols'.

ANTIOKSIDAN
Zat antioksidan sangat penting dalam meneutralkan atau menghancurkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan sejenis oksigen yang mengandungi tahap reaksi biokimia yang tinggidi dalam tubuh manusia. Ia boleh merosakkan sel dalam tubuh sekiranya kekurangan zat anti oksidan. Antioksidan sangat diperlukan untuk meneutralisasikan radikal bebas dan mencegah kerosakkan yang timbul terhadap sel normal, protein dan lemak. Terdapat beberapa bentuk antioksidan, antaranya mineral, vitamin dan fitokimia.
Kajian menyeluruh telah dilakukan terhadap buah manggis dan mendapati bahawa ianya bermanafaat untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum. Ia dipercayai dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Antaranya :
  • melindungi otot jantung dan hati
  • anti alzheimer (dementia)
  • anti parkinson
  • anti kelesuan
  • melindungi daripada kuman
  • melindungi jangkitan bakteria
  • demam
  • memberi tenaga
  • melindungi dan merawat penyakit kulit berjangkit (kayap, kurap,jerawat)
  • anti penuaan
  • perawatan kanser
  • mengurangkan tahap tekanan darah tinggi
  • kencing manis
  • ulser
  • gastrik
  • saluran usus yang bengkak

No comments:

Post a Comment