Tuesday, March 31, 2009

MANGGIS

Buah manggis atau nama saintifiknya 'Garcinia Mangostana' adalah buah tropika malar hijau .Ia dipercayai berasal dari K epulauan Sunda dan Maluku. Di kenali juga sebagai ratu segala buah kerana khasiat kulitnya.
Kulit buah manggis adalah keras, manakala isinya tebal berwarna putih. Rasanya sedikit masam manis seperti buah limau atau strawberri. K ulitnya boleh menghasilkan warna merah yang amat sukar untuk ditanggalkan dan sesuai untuk hasilkan bahan pewarna tekstil. Sesetengah tempat seperti negara Thailand, kulit manggis dijadikan bahan kosmetik seperti sabun, syampu dan perawatan kulit. Tujuannya adalah untuk mencegah penyakit kulit dan menghaluskan kulit. Manakala dari segi perubatan tradisional pula, kulit manggis digunakan untuk merawat penyakit kulit, batuk kering, cirit-birit dan penyakit malaria. Bahan yang terkandung dalam kulit manggis, iaitu 'xanton' amat menarik. Kajian menunjukkan ia mempunyai efek positif terhadap seluruh sistem tubuh badan iaitu meningkatkan tenaga dan melindungi daripada kesan radikal bebas.
Selain itu buah manggis juga merupakan sejenis buah yang penuh dengan khasiat antioksidan. Antioksidan biasanya terdiri daripada 'xanton', 'catechins', 'tannin' dan 'polyphenols'.

ANTIOKSIDAN
Zat antioksidan sangat penting dalam meneutralkan atau menghancurkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan sejenis oksigen yang mengandungi tahap reaksi biokimia yang tinggidi dalam tubuh manusia. Ia boleh merosakkan sel dalam tubuh sekiranya kekurangan zat anti oksidan. Antioksidan sangat diperlukan untuk meneutralisasikan radikal bebas dan mencegah kerosakkan yang timbul terhadap sel normal, protein dan lemak. Terdapat beberapa bentuk antioksidan, antaranya mineral, vitamin dan fitokimia.
Kajian menyeluruh telah dilakukan terhadap buah manggis dan mendapati bahawa ianya bermanafaat untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum. Ia dipercayai dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Antaranya :
  • melindungi otot jantung dan hati
  • anti alzheimer (dementia)
  • anti parkinson
  • anti kelesuan
  • melindungi daripada kuman
  • melindungi jangkitan bakteria
  • demam
  • memberi tenaga
  • melindungi dan merawat penyakit kulit berjangkit (kayap, kurap,jerawat)
  • anti penuaan
  • perawatan kanser
  • mengurangkan tahap tekanan darah tinggi
  • kencing manis
  • ulser
  • gastrik
  • saluran usus yang bengkak

Saturday, March 28, 2009

KEKACANG

Kekacang atau nama saintifik phaseolus genus merupakan salah satu sumber serat yang baik.Ia juga kaya dengan zat-zat lain dan protien yang bermanafaat untuk kesihatan. Antara jenis kekacang adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya.



KACANG TANAH.

Kacang tanah mengandungi sumber protein yang tinggi, vitamin e, kalsium, zat besi, vitamin B kompleks dan fosforus. Ia sering disalah anggap sebagai penyebab utama pertumbuhan jerawat. Kandungan proteinnya adalah jauh lebih tinggi berbanding telur, daging dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi ibu-ibu yang mengandung, kacang tanah merupakan pilihan terbaik untuk menambahkan kandungan susu badan. Selain itu, ia juga mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari dikatakan dapat mencegah penyakit jantung dan juga membantu masalah kekurangan zat.


KACANG HIJAU.

Kacang hijau mengandungi kalori, protein, lemak, vitamin A,B1, mineral berupa fosfor dan zat besi. Memakan kacang hijau dikatakan dapat menyembuhkan radang ginjal, melancarkan pencernaan, tekanan darah tinggi, mengatasi kegatalan akibat perpeluhan, mengatasi jerawat, mengatasi keracunan alkohol dan banyak lagi. Selain itu ia juga dikatakan agen penurun demamyang terbaik.Tambahan pula, walaupun ia direbus hingga hancur atau terlalu lama, namun ia tidak akan menjejaskan khasiatnya berbanding dengan sayuran atau buahan.



KACANG SOYA.

Di dalam penemuan saintifik,kacang soya dikatakan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatang kemudaratan kepada kesihatan. Antara kebaikan yang diperolehi dari kacang soya adalah:

  • dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui kawalan kolesterol dalam badan.
  • dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang serta mencegah osteoporosis
  • mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksinkan bahan buangan dalam sel, pertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mengawet penuaan dan cegah pigmentasi kulit.
  • kandungan asid amino, sid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sebagai makanan tambahan.

Wednesday, March 25, 2009

COKLAT

Tidak dinafikan ramai yang suka makan coklat. Ada yang mengatakan amalan memakan coklat tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menyumbangkan kepada penyakit kencing manis dan diabetes. Sebaliknya sedar atau tidak, coklat sebenarnya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Apa yang diperlukan adalah mengawal kuantiti yang diambil .




Secara purata coklat mempunyai 15% lemak, 6% protien, 17% karbohidrat, 15% tenaga serta vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia bukan sahaja makanan berkhasiat tetapi juga menyumbangkan kepada pemakanan yang seimbang.

Benarkah dengan memakan coklat dapat menyihatkan gigi? Jawapannya adalah benar kerana kebanyakan bahan yang terkandung di dalamnya terbukti berkesan untuk melindungi kesihatan gigi. Antara bahan-bahan tersebut adalah
  • kasien yang terdapat dalam coklat susu bertindak untuk mengurangkan kerosakan gigi. Bahan ini menghalang pertumbuhan plak dan mengurangkan pengeluaran asid yang menghakis gigi.
  • kasin juga membantu untuk pertumbuhan gigi yang sihat.

  • asid oksalik akan merencatkan pengeluaran enzim bakteria.

  • lemak koko mempunyai ciri-ciri kecairan yang memudahkan ia cair di mulut.Ini akan menghalang pertumbuhan plak gigi.


Coklat adalah sejenis makanan yang mengandungi tiga bahan utama berasaskan koko iaitu lemak koko, gula dan susu. Ini menjadikan coklat enak dimakan dan kaya dengan zat makanan yang diperlukan. Ia juga mengandungi sumber tenaga yang tinggi bergantung kepada kandungan protien, lemak dan karbohidrat didalamnya.

Terdapat tiga jenis coklat di pasaran iaitu coklat putih, coklat kosong atau coklat pahit dan coklat susu.

COKLAT PUTIH.

Coklat ini mempunyai tenaga yang tinggi. 100 gram coklat ini menyumbangkan lebih kurang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk bergerak aktif seharian. Ia juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi. Jikan dibandingkan dengan coklat susu, kandungan protien dalam coklat jenis ini adalah kurang kerana tidak mengandungilikur dan serbuk koko.


COKLAT KOSONG.

Coklat jenis ini mengandungi kandungan lemak dan zat yang tinggi. Zat besi yang terdapat dalam 100 gram coklat ini menyumbang lebih kurang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Selain itu kandungan zat-zat lain agak rendah berbanding coklat lain kerana tidak mempunyai campuran susu.

COKLAT SUSU.

Berbanding dengan coklat lain, coklat susu mempunyai nilai pemakanan yang baik. Ia mempunyai kandungan tenaga, kalsium, protien, vitamin A dan B yang tinggi. Kandungan protein dalam sekeping coklat susu boleh disamakan dengan memakan sebiji pisang , sebiji oren, sebiji epal, sebatang lobak dan juga segenggam kismis.

Saturday, March 21, 2009

PENGENALAN


Selamat datang ke Laman Kesihatan Anda.Di sini akan disediakan artikel berkenaan dengan info-info kesihatan,pemakanan,kecantikan, kecergasan dan penyakit-penyakit serta beberapa petua yang berkaitan.Di harap artikel-artikel ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.

PEMAKANAN YANG SIHAT

Kesihatan adalah amat berharga terutamanya dalam dunia masa kiniyang terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Salah satu puncanya ialah amalan gaya hidup yang tidak sihat serta pemakanan yang kurang bijak.

Terdapat segelintir individu makan hanya untuk sekadar mengalas perut sahaja.Ada juga makan bagaikan dunia seakan-akan mahu kiamat dan sebagainya yang man aboleh memudaratkan kesihatan tubuh. Tabiat seumpama ini seharusnya dielakkan bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan pada tubuh kita.

Piramid makanan


Panduan piramid pemakanan adalah salah satu cara untuk kita mendapat diet yang seimbang. Piramid ini memberikan tip-tip banyak mana makanan yang diperlukan dalam setiap kumpulan makanan tersebut. Ini akan dapat membantu kita untuk mendapat jumlah nutrien yang diperlukan.


Menu Pemakanan Yang Sihat.

Pemakanan yang sihat seharusnya merangkumi semua jeniszat makanan terutamanya protien, lemak dan karbohidrat. Ini penting bagi meningkatkan dan mengekalkan kesihatan kita. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam merancang pemakanan yang sihat. Di antara satu caranya ialah merancang menu harian, mengubahsuai resepi dan memasak makanan yang sihat bagi menjamin pemakanan yang bersih dan sihat.

Selain itu kita perlu bijak dalam mempelbagaikan jenis bahan makanan bagi memastikan ia mengandungi unsur utama gizi pemakanan iaitu karbohidrat, protien dan lemak. Selain itu serat atau gentian yang terdapat dalam bijirin, sayuran dan buah-buahan juga amat penting untuk mencegah sembelit serta membuang sisa-sisa toksik dalam badan.

Buah-buahan umpamanya, dapat membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan daripada serangan penyakit. Misalnya vitamin c yang tredapat dalam betik, oren dan jambu boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak mineral, vitamin dan juga serat yang dapat membantu tubuh kita berfungsi dengan sempurna. Lemak merupakan satu sumber kalori yang penting bagi memenuhi keperluan tenaga kita. Ia membekalkan nutrien-nutrien lain seperti asid lemak dan juga vitamin. Walaubagaimanapun kita hanya memerlukannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mengelakkan kesan buruk pada kesihatan terutama pada jantung.




Tabiat pemakanan.


Ketagihan terhadap makanan ringan atau snek juga haruslahn dielakkan. Ianya akan menimbulkan pelbagai masalah . Sesetengah makanan ringan ini mempunyai rasa yang terlalu masin (seperti keropok), terlalu manis dan juga terlalu banyak lemak dan krim. Makanan seperti ini selalunya mempunyai kandungan kalori yang terlalu tinggi yang boleh mengakibatkan gejala obesiti. Makan lewat malam juga harus dielakkan.

Untuk menjamin kehidupan seharian yang sempurna dan bebas dari segala penyakit, amalan pemakanan yang sihat harusah dititikberatkan